Dunia di sebalik pintu

Seorang gadis menemui sebuah pintu misteri di dalam hutan lama. Apabila dia membukanya, dia memasuki dunia ajaib yang penuh dengan makhluk aneh, rahsia, dan pengembaraan yang tidak dijangka.

by P.

Read the story text

Dunia di sebalik pintu

Pada suatu petang, seorang gadis bernama Aina berjalan-jalan di dalam hutan berhampiran rumahnya. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah pintu kayu lama di sebalik sebatang pokok besar. Dia berasa hairan kerana pintu itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dengan penuh perasaan ingin tahu, Aina menghampiri pintu tersebut.

Aina membuka pintu itu dengan perlahan. Tiba-tiba, cahaya yang sangat terang muncul di hadapannya. Tanpa berfikir panjang, Aina melangkah masuk ke dalam pintu tersebut. Dia terkejut apabila mendapati dirinya berada di sebuah dunia yang sangat berbeza daripada dunia manusia.

Dunia itu dipenuhi dengan pokok-pokok bercahaya, sungai berwarna biru dan bunga-bunga yang boleh bercakap. Aina berasa kagum melihat keindahan dunia tersebut. Tiba-tiba, seekor arnab kecil berwarna putih datang menghampirinya. Arnab itu memperkenalkan dirinya sebagai Bobo. Dunia itu dipenuhi dengan pokok-pokok bercahaya, sungai berwarna biru dan bunga-bunga yang boleh bercakap. Aina berasa kagum melihat keindahan dunia tersebut. Tiba-tiba, seekor arnab kecil berwarna putih datang menghampirinya. Arnab itu memperkenalkan dirinya sebagai Bobo.

Bobo memberitahu Aina bahawa dunia itu sedang menghadapi masalah besar. Sebuah kristal ajaib yang memberikan cahaya kepada seluruh dunia telah hilang. Tanpa kristal tersebut, dunia itu akan menjadi semakin gelap. Aina berasa kasihan lalu bersetuju untuk membantu Bobo mencari kristal tersebut.

Selepas mencari dengan bersungguh-sungguh, Aina akhirnya menemui kristal ajaib itu di dalam sebuah gua yang gelap. Dia mengambil kristal tersebut dengan berhati-hati lalu membawanya kembali ke istana. Apabila kristal itu diletakkan semula di tempat asalnya, seluruh dunia kembali bercahaya. Semua penduduk bersorak gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Aina.

Sebagai tanda terima kasih, Bobo menghadiahkan Aina sebuah loket ajaib. Tidak lama kemudian, Aina kembali ke dunia asalnya melalui pintu misteri itu. Dia sangat gembira kerana berjaya membantu penduduk dunia tersebut. Aina berjanji akan menyimpan rahsia pengembaraannya selama-lamanya.

Selepas dia kembali ke dunianya, Aina berasa sangat sedih kerana dia merindui Bobo dan dunia itu, namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya memandangkan dia tidak mungkin dapat kembali ke sana lagi.

Sharing

Hint: Share your story using this link

P.'s Storybooks

No stories here yet.