Persahabatan toksik
sebuah kisah tentang pengkhianatan (persahabatan yang toksik)
by Trisha
Read the story text
Persahabatan toksik
Maya dan Mira kawan baik dari kecil. Mereka sentiasa bersama dan berkongsi semua rahsia. Maya sangat sayang dan percaya kepada Mira seperti adik-beradik sendiri. Tetapi Mira ada rasa cemburu. Dia tidak suka apabila melihat Maya dipuji atau lebih hebat daripadanya.
Di sekolah, Maya mula belajar menulis cerita. Maya berasa gembira dan mahu masuk pertandingan menulis cerpen di sekolah. Dia bekerja keras menulis ceritanya setiap hari. Mira berpura-pura menyokong Maya. Mira senyum di hadapan Maya, tetapi dalam hatinya, rasa cemburu makin besar.
Satu hari, Maya bagi kertas ceritanya kepada Mira. Maya minta Mira baca dan bagi pendapat kerana Maya sangat percaya pada Mira. Mira ambil kertas itu. Apabila membaca cerita Maya yang sangat bagus, Mira rasa takut Maya akan jadi lebih popular daripada dirinya.
Malam itu, Mira buat kerja jahat. Dia salin semula semua cerita Maya di kertas lain. Mira cuma tukar tajuk dan beberapa perkataan sahaja. Keesokan paginya, Mira pergi awal ke sekolah. Dia hantar cerita itu kepada guru atas namanya sendiri sebelum Maya sempat hantar.
Waktu tengah hari, Maya pergi hantar ceritanya. Guru terkejut kerana cerita Maya sama dengan cerita yang Mira hantar pagi tadi. Mira terus berpura-pura menangis di depan guru. Mira tuduh Maya mencuri dan meniru ceritanya.
Maya sangat terkejut dan sedih. Dia tidak sangka kawan baiknya sanggup menipu. Oleh kerana Mira hantar lebih awal, guru percaya cakap Mira. Maya dipanggil ke bilik kaunseling dan dimarahi. Kawan-kawan lain juga mula benci dan tidak mahu berkawan dengan Maya.
Akhlak: Perasaan cemburu dan iri hati boleh merosakkan persahabatan yang rapat serta mendorong seseorang bertindak kejam terhadap kawan sendiri.
Sharing
Hint: Share your story using this link
