Seorang Sahabat Sejati yang Tidak Pernah Berputus Asa
Kisah ini adalah tentang Aina dan Sofia, yang mempelajari erti persahabatan sejati, kepercayaan, serta sikap saling membantu.
by Aadya
Read the story text
Seorang Sahabat Sejati yang Tidak Pernah Berputus Asa
Pada suatu hari, Aina berpindah ke sebuah sekolah baharu di Kuala Lumpur. Dia berasa sangat gementar kerana tidak mengenali sesiapa di sekolah tersebut. Aina berharap dia dapat mencari seorang sahabat yang baik.
Pada waktu rehat, Aina duduk bersendirian sambil memerhatikan murid-murid lain bersama rakan mereka. Seorang pelajar bernama Sofia ternampak Aina yang kelihatan sunyi. Sofia kemudian mengajak Aina untuk makan bersama-sama dan memperkenalkannya kepada beberapa orang rakan.
Sejak hari itu, Aina dan Sofia menjadi semakin rapat. Mereka sering belajar, makan dan menghabiskan masa bersama-sama. Persahabatan mereka membuatkan Aina berasa lebih gembira dan selesa di sekolah baharunya.
Suatu hari, sekolah mereka mengadakan pertandingan projek yang penting. Aina dan Sofia bekerja bersama-sama selama beberapa minggu untuk menyiapkan projek mereka. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana ingin menghasilkan projek yang terbaik
Sehari sebelum pertandingan, hujan turun dengan sangat lebat. Ketika Aina membawa projek mereka pulang, sebahagian daripada projek tersebut terkena air hujan dan rosak. Aina berasa sangat sedih kerana dia takut Sofia akan kecewa dengannya
Pada keesokan harinya, Sofia melihat projek yang telah rosak. Walaupun mereka berasa kecewa, Sofia tidak menyalahkan Aina atas kejadian tersebut. Sebaliknya, mereka bekerjasama untuk membaiki projek itu dalam masa yang singkat.
Pada hari pertandingan, projek mereka tidak memenangi tempat pertama. Namun, Aina dan Sofia tetap berasa bangga kerana mereka telah melakukan yang terbaik. Mereka menyedari bahawa persahabatan dan kerjasama lebih berharga daripada sebuah kemenangan
Sharing
Hint: Share your story using this link
