Bulu Merah

Ayam itu bernama Penny menemui seekor musang bernama Xylock dalam perjalanan untuk berjumpa rakannya Lucky.

by Yu

Read the story text

Bulu Merah

Pada suatu masa dahulu, ada satu ayam bernama Penny. Pada satu hari, Penny berjalan di dalam bandar dia kerana dia mahu melihat kawan bernama Lucky.

Semasa dia jalan pergi ke rumah Lucky, dia menyedari bahawa dia terlupa untuk membawa hadiah untuk kawan dia, jadi dia cuba mencari kedai supaya dia boleh memberi hadiah untuk Lucky, kerana hari ini ialah hari jadi dia!

Semasa dia melihat sekeliling, satu seekor musang melompat keluar daripada sebuah kedai. "AH!!!" dia menjirit. "Oh, maaf, saya sangka awak orang lain." musang itu memohon maaf.

"Tidak mengapa, tetapi kamu tidak boleh melompat keluar! Saya hampir mati ketakutan!" Musang itu memandang ke bawah kerana malu. "Maaf, sekali lagi. Biasana, saya suka menakutkan kawan saya. Dia bernama Julian."

"Julian? Saya rasa macam saya ingat nama itu..." "Mungkin kamu mendengarnya nama itu kerana dia SANGAT terkenal!"

"Betul ke? Ini kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan!" "Betul! Dia ialah bintang pop! Awak tak pernah dengar pasal dia ke?" "Tidak mendengar! Tetapi saya mahu mendengar lagu-lagunya! Mungkin, saya boleh beritahu kawan saya tentang ini!"

"Kawan awak? Apakah nama kawan kamu?" musang itu bertanya dengan rasa ingin tahu. "Kawan saya ialah bernama Lucky! Saya sebenarnya akan berjumpa dengannya!"

"Oh, baiklah, Kalau begitu, saya akan bawa awak ke rumah Julian!" "Betul ke? Hebatnya!" jerit ayam itu. "Bagus, ikut sahaja saya pergi ke rumahnya..."

Musang itu mula berjalan meninggalkan ayam itu, mengharapkan ayam itu untuk mengekorinya. Penny dengan gembiranya berjalan, mengejarnya.

Xylock berjalan ke dalam hutan di sekitar bandar. Pokok-pokok itu kelihatan menakutkan, dan hari itu gelap! "Saya berasa sangat takut! Adakah anda pasti rumahnya ada di sini?" "Ya, rumahnya di sini. Percayalah!"

Selepas banyak berjalan kaki, Xylock akhirnya berhenti. "Ini rumahnya!" "Betul ke?" Xylock sudah pun masuk ke dalam tanpa membalas panggilan Penny. Walaupun ketakutan, Penny turut masuk.

Rumah Julian kosong, tetapi terdapat beberapa perabot di dalamnya. "Wah, rumahnya... kosong." "Betul; Dia tidak suka perabot..." Telinga musang itu terangkat. "Saya rasa saya boleh dengar dia datang sekarang!"

"Betul ke, di mana?" dia memandang sekeliling. Apabila Penny berpaling dari belakang, Xylock perlahan-lahan mengeluarkan sebilah pisau...!

Tetapi, sebelum dia boleh tikam dia, satu suara memanggil Penny. "Penny! Awas!" Suara itu ialah Lucky! "Lucky?" Penny pantas memandang sekeliling dan melihat Xylock memegang pisau, mengelak buaian dengan nyaris-nyaris.

"Cepat! Kemarilah! Dia mahu bunuh awak!" "AH!!!" Musang itu cepat-cepat mengejar Lucky dan Penny sambil mereka berlari.

Kedua-dua burung itu berlari, tetapi mereka tidak dapat berlari lebih cepat daripada Xylock kerana dia sangat cepat. Ketika Xylock menghayunkan pisaunya sekali lagi, Lucky pergi ke belakang Penny.

(SLASH!) "Lucky!" jerit Penny. "Pergi sahaja! Jangan kembali!" Dalam ketakutan, Penny cepat-cepat melarikan diri dan tidak pernah kembali.

Sehingga hari ini, Penny tidak pernah mengetahui apa yang berlaku kepada Lucky. Tetapi dia tidak pernah berjumpa dengan Xylock lagi. Satu-satunya benda yang tinggal daripada Lucky ialah bulu merahnya, yang disimpannya untuk memperingati rakannya. Dia perlu lebih berhati-hati lain kali...

Sharing

Hint: Share your story using this link

Yu's Storybooks

No stories here yet.