Dunia di Sebalik Cermin

Aina dan Flora menemui sebuah cermin misteri di dalam rumah lama. Apabila mereka menyentuhnya, mereka dibawa ke dunia ajaib yang penuh dengan hutan bercahaya dan pulau terapung. Namun, mereka tidak menyangka bahwa dunia itu menyimpan rahasia besar yang akan mengubah kehidupan mereka.

by Ruo

Read the story text

Dunia di Sebalik Cermin

Pada suatu petang, Aina dan Flora sedang meneroka sebuah rumah lama yang terletak di tengah-tengah hutan. Tiba-tiba, mereka ternampak sebuah cermin besar yang bercahaya di dalam sebuah bilik.“Flora, tengok cermin ini! Kenapa ia bercahaya?” tanya Aina. Flora mendekati cermin itu dengan penuh rasa ingin tahu. Apabila mereka menyentuhnya, tiba-tiba muncul cahaya yang sangat terang. Dalam sekelip mata, mereka berdua menghilang ke dalam cermin tersebut. Apabila membuka mata, mereka mendapati diri mereka berada di sebuah dunia yang sangat asing.

Aina dan Flora berasa kagum melihat dunia yang sangat indah itu. Terdapat pokok-pokok bercahaya, sungai berwarna biru dan pulau-pulau yang terapung di udara.“Tidak mungkin! Adakah kita sedang bermimpi?” kata Flora.Tiba-tiba, seekor arnab putih yang mempunyai sayap muncul di hadapan mereka.“Selamat datang ke Dunia Rahsia,” kata arnab itu.Aina dan Flora terkejut apabila arnab itu boleh bercakap. Mereka kemudian mengikut arnab tersebut untuk meneroka dunia itu.

Arnab putih itu membawa Aina dan Flora ke sebuah hutan yang sangat gelap. Pokok-pokoknya tinggi dan terdapat cahaya pelik di antara daun-daunnya.“Tolong jangan masuk ke dalam hutan ini,” pesan arnab itu. “Ada sesuatu yang sangat berbahaya sedang menunggu.”Tiba-tiba, mereka terdengar suara seseorang memanggil nama mereka dari dalam hutan.“Aina… Flora…”Mereka berasa takut tetapi ingin tahu. Tanpa disedari, mereka mula berjalan ke arah suara tersebut.

Aina dan Flora terus berjalan mereka menemui sebuah istana besar yang tersembunyi di sebalik pokok-pokok. Tiba-tiba, seorang wanita baju hitam muncul di hadapan mereka.“Siapakah kamu berdua? Mengapa kamu datang ke dunia ini?” tanya wanita itu. Aina menjawab dengan gugup, “Kami hanya ingin mencari jalan pulang.”Wanita itu ketawa perlahan lalu berkata, “Kamu tidak boleh pulang selagi rahsia dunia ini belum terbongkar.”Kemudian, dia menghilang dalam kepulan asap ungu. Aina dan Flora mula sedar bahawa mereka sedang terperangkap dalam satu misteri besar.

Aina dan Flora masuk istana itu lalu menemui sebuah buku ajaib di atas meja. Aina membukanya, tiba-tiba seluruh istana bercahaya.Mereka membaca bahawa dunia itu sebenarnya sedang kehilangan kuasanya kerana kristal ajaib telah dicuri.Tiba-tiba, wanita berjubah hitam muncul semula. Namun, kali ini dia membuka jubahnya.Aina dan Flora sangat terkejut apabila mengetahui bahawa wanita itu sebenarnya ialah penjaga dunia tersebut!"Maafkan saya. Saya terpaksa menguji keberanian kamu berdua," katanya.Rupa-rupanya, hanya dua sahabat yang benar-benar saling mempercayai dapat menyelamatkan dunia itu.

Aina dan Flora bekerjasama mencari kristal ajaib di dalam sebuah gua. Akhirnya, mereka berjaya mengembalikannya ke istana. Seluruh dunia kembali bercahaya.Penjaga dunia membuka portal untuk mereka pulang. Sebelum pergi, dia berkata, “Jangan lupakan kekuatan persahabatan kamu.”Aina dan Flora pulang dengan gembira. Mereka sedar bahawa keberanian dan kerjasama dapat mengatasi segala cabaran. Pengajaran: Kita perlu saling membantu, berani menghadapi masalah dan menghargai persahabatan kami.

Sharing

Hint: Share your story using this link

Ruo's Storybooks

No stories here yet.