Tukang Roti

by Caysen

Read the story text

Tukang Roti

Di sebuah pekan kecil, Pak Samad seorang pembuat biskut yang amat bersemangat. Namun, percubaan pertamanya berakhir dengan kegagalan besar. Biskutnya begitu keras dan hangus sehingga dia terpaksa membuangnya ke dalam tong sampah. Malah, lalat pun tidak sudi menghampirinya.

Tidak putus asa, Pak Samad terus mencuba setiap hari. Dia memperbaiki resipi, mengawal suhu ketuhar, dan mencampur bahan-bahan dengan penuh kasih sayang. Hasil usahanya membuahkan hasil. Biskutnya menjadi begitu enak, rangup, dan harum sehingga khabar angin tentang kelazatannya tersebar luas. Tidak lama kemudian, pelanggan dari pelbagai pelosok dunia sanggup terbang beribu batu hanya untuk merasai biskut air tangannya.

Permintaan yang mendadak memaksa Pak Samad mengembangkan dapur kecilnya. Dalam masa beberapa tahun, dapur kecil itu berubah menjadi sebuah kilang gergasi yang dilengkapi mesin-mesin moden. Dia menjadi kaya dan terkenal,tetapi di sebalik kejayaan itu, ada kekosongan dalam hatinya. Dia amat merindui ketenangan rumah asalnya dan suasana dapur kecil tempat dia mula-mula belajar membakar biskut.

Pada suatu hari, Pak Samad mengambil keputusan untuk menyerahkan pengurusan kilang kepada pembantunya. Dia berjalan menyusuri lorong-lorong lama pekan itu untuk mencari rumah asalnya yang sudah lama ditinggalkan. Apabila menolak pintu rumah lama yang berhabuk itu, hatinya diselubungi rasa tenang.

Pak Samad terus melangkah ke dapur kecilnya—tempat di mana batch pertama biskutnya pernah tercampak ke dalam tong sampah. Sambil tersenyum mengenangkan kenangan lalu, dia mengikat apron tuanya, menghidupkan ketuhar kecilnya, dan mula membakar sekumpulan biskut baharu demi mengenang masa lampau.

Sharing

Hint: Share your story using this link

Caysen's Storybooks

No stories here yet.