Sang Naga
Naga yang tinggal di puncak gunung mesti menghalang seekor raksasa yang ingin memusnahkan sesebuah perkampungan.
by Michael
Read the story text
Sang Naga
Di puncak gunung, terbaring seekor naga.Di bawah terletaknya sebuah kampung yang meriah.Penduduk takut akan Sang Naga kerana Sang Naga itu memakan ternakan mereka.
Pada suatu hari, kampung itu diancam oleh seekor raksasa. Raksasa itu mahu memusnahkan perkampungan tersebut, tetapi Sang Naga tidak peduli dan terus berehat.
Satu orang yang bernama Johnny mendapat satu idea. Idea itu adalah untuk meminta Sang naga membantu mereka.
Selepas Johnny mendaki gunung itu, dia merayu kepada naga tersebut supaya membantu mereka. Naga itu kelihatan tidak peduli.
Selepas Johnny pergi, Dragon terfikir untuk membantu penduduk kampung.
Amukan raksasa itu dihentikan oleh ketibaan seekor naga. Raksasa tersebut disambar oleh semburan api daripada naga itu.
Semasa sedang bertarung, naga dan raksasa itu diliputi api. Penduduk kampung tidak dapat melihat mereka.
Setelah asap reda, mereka melihat bahawa raksasa itu telah tewas. Sang Naga masih hidup, namun dia kehilangan sayap serta salah satu lengannya.
Sang Naga memohon maaf kerana telah memakan haiwan ternakan. Sang Naga juga berjanji untuk tidak lagi memakan haiwan ternakan.
Selepas itu, sang naga dan kampungan tersebut hidup dengan damai.
Sharing
Hint: Share your story using this link
