sekolah berhantu

.

by Ahmed

sekolah berhantu

Pada suatu malam, Amir dan dua rakannya, Hakim dan Danish, memasuki sebuah sekolah lama. Mereka ingin mengetahui mengapa lampu bilik 13 selalu menyala.

Tiba-tiba, mereka terdengar suara memanggil nama Amir Mereka berpaling, tetapi tiada sesiapa di belakang mereka.

Pintu bilik 13 terbuka sendiri. Di dalamnya, perkataan “KELUAR SEKARANG” muncul di papan hitam.

Amir menemui sekeping peta di bawah meja. Peta itu menunjukkan sebuah bilik rahsia di belakang sekolah.

Mereka mengikuti tapak kaki berlumpur menuju ke sebuah pintu besi. Terdengar bunyi ketukan dari dalam.

Hakim membuka pintu itu dan menemui sebuah bilik gelap Di dalamnya terdapat sebuah radio lama yang berbunyi sendiri.

Radio itu mengeluarkan suara yang berkata, “Cari di bawah pokok besar.” Mereka berlari ke halaman sekolah.

Amir dan rakan-rakannya berlari ke arah pokok yang paling besar lalu menggali tanah berhampirannya. Amir menemui sebuah kotak. Di dalamnya terdapat sekeping gambar seorang guru lama.

Mereka menyedari bahawa guru itu telah meninggal dunia, jadi mereka pergi menemui saudara-maranya.

Mereka memulangkan foto itu lalu pergi ke rumah Amir. Mereka membuat kesimpulan bahawa roh guru lama itu sedang menghantui bilik 13.

Sharing

Hint: Share your story using this link

Ahmed's Storybooks

No stories here yet.